anuar
$entry.content.caption.value
AKSINYA yang lincah dengan susuk tubuh kecil serta sentuhan tajam didepan gawang adalah igauan buruk setiap pasukan lawan apabila berhadapan dengan penyerang licik ini yang digelarkan “SUPERSUB” hingga menganggkat nama Anuar Abu Bakar sebagai penyerang terbilang diera 1990-an.
Pemain lawan yang terlepas pandang akan kelibatnya yang bijak menghidu peluang untuk menjaringkan gol pastinya akan merana kerana kemasukkan pemain ini hanyalah di saat-saatakhir masa perlawanan terbukti melalui sentuhannya yang berjaya membawa Johor menuju ke pentas fi nal pada 1991 selepas menewaskan Kuala Lumpur dalam saingan separuh akhir.
Aksi pemain ini terbukti ketikakedudukan terikat dengan agregat 3-3 dan selepas dua minit dimasukkan sentuhannya ternyata berbisa apabila menjaringkan gol kemenangan yangmembawa Johor ke final bertemu  dengan Selangor sebelummenang dengan 3-1.
Kini kehidupannya masih lagi terarah kepada dunia bola sepak kerana menggalas tanggungjawab sebagai Penolong Jurulatih di Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membantu Abdul Rahman Ibrahim.
Menurutnya, suasana permainan bola sepak pada masa kini sudah berbeza terutamanya dari segi saingan kemudahan latihan serta prasarana yang disediakan oleh persatuan bola sepak.
“Dizaman saya dahulu memang berbeza terutamanya dari segi gaji kerana pada masa berkenaan bermain bola sepak adalah pekerjaan sampingan atau “semi pro” berbanding sekarang pemain bola sepak adalah seorang yang profesional.
“Keadaan kini sudah berbeza dan semua pemain perlulah berusaha lebih gigih dan cemerlang untuk membuktikan kepada pengurusan yang memberi peluang untuk mempamerkan bakat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan sesi latihan bersama para pemain Selangor PKNS di padang latihan PKNS, Kelana Jaya.

PROFIL
Nama : Anuar Abu Bakar
Umur : 41
Asal : Muar , Johor Darul Takzim
Posisi : Pemain Tengah, Penyerang
Pasukan Kelab / Negeri yang pernah diwakili :
Johor, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ)
Penglibatan dalam bidang sukan: 1988 hingga sekarang
Isteri : Siti Mariam Sathwee
Umur : 39
Bilangan anak : 5 (3 perempuan, 2 Lelaki)
Pencapaian : - Penjaring terbanyak Liga Perdana Satu pada 1995 bersama Selanggor ( 14 gol)
Pasukan Negeri :

- Memenangi Piala Malaysia bersama Johor (1991)
- Memenangi Piala Malaysia bersama Selangor (1995,1996,1997)
- Memenangi Piala Malaysia bersama Johor (1991)
- Memenangi Piala Malaysia bersama MPPJ Selangor (2003)
- Membantu Kelantan menjuarai Liga Perdana Dua (2000)
Kebangsaan : Bermain untuk pasukan Kebangsaan (1991, 1997)
Pekerjaan Sekarang : Penolong Jurulatih Selangor PKNS