Monday 17 February 2014

LIGA 1MCC U12 - 2014


Minggu pertama liga 1MCC U12 - 2014. Alhamdulillah keputusan yang memuaskan walaupun 4 orang pemain  telah terpilih ke pemilihan skuad projek 2019. Menang perlawanan pertama 1-0 menentang pasukan Genpro. Walaupun rumput kering tetapi kualiti permukaan padang sangat baik. Pemain kita dapat bermain hantaran pendek dan dapat mengadaptasi formasi 4-4-2 yang diterapkan oleh Coach Amri. Gol kemenangan dijaringkan oleh Aizat dari sepakan sudut.
Perlawanan kedua menang 3-0 menentang pasukan Mahkota FA. Walaupun bermain di bawah panas terik, pemain masih bersemangat dan menunjukkan kesungguhan untuk menjaringkan gol. Masih mengekalkan formasi 4-4-2 dan gol kemenangan dijaringkan oleh Fizi, Kadim dan Harith. Tahniah kepada semua pemain, pengurusan dan parents yang memberi sokongan.

Pemain sempat beraksi didepan kamera sebelum perlawanan bermula tanpa Coach Amri kerana
masih merangka formasi yang sesuai digunakan  untuk perlawanan.


Sessi memanaskan badan bersama Coach Amri
Keputusan penuh Minggu pertama untuk Div 1















No comments:

Post a Comment