Wednesday 13 February 2013

SOCCER KIDS MBSA VS JUNIOR SURABAYA - 2011


PERLAWANAN PERSAHABATAN PASUKAN SOCCER KIDS MBSA VS PASUKAN BOLA SEPAK JUNIOR SURABAYA, INDONESIA 

 Tarikh : 2 - 5 Julai 2011 (Sabtu - Selasa)Tempat :  Lapangan Persatuan Sepak Bola Surabaya, Indonesia (PERSEBAYA) 

Majlis Bandaraya Shah Alam telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan di antara Pasukan Soccer Kids MBSA dan
Pasukan Bola Sepak Junior Surabaya, Indonesia. Program ini telah dirangka bagi menghargai pasukan Soccer Kids MBSA
yang telah berjaya menunjukkan pencapaian yang cemerlang di dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini. Melalui perlawanan
 persahabatan ini, telah membuka peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman baru bertanding di luar negara dan
 secara tidak langsung telah dapat menguji tahap kecergasan, mewujudkan daya saing dan semangat kesukanan yang
 tinggi di kalangan peserta. Ia juga dapat merapatkan lagi hubungan di antara Kota Surabaya dan Bandaraya Shah Alam
 yang juga dikenali sebagai “Twin City“.
Sepanjang program di Surabaya, layanan yang diterima dari pihak Wali Kota Surabaya amat baik dan mereka amat berbesar
hati sekiranya program seperti ini dapat di teruskan di masa-masa yang akan datang.
1
1

1

1





No comments:

Post a Comment